BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 12, 2010

CINTAKU,IDAMANKU<<>>PULAU NAMI

Ingat tak lagi cerita WINTER SONATA yang menggunakan Pulau Nami sebagai tempat pengambaraanya.
Pulau Nami di Korea Selatan ternyata begitu asing sehinggalah dipopularkan menerusi drama televisyen, Winter Sonata, beberapa tahun lalu yang menyaksikan kehadiran ramai peminat mengunjungi destinasi ini. Namun, keunikan sebenar pulau kecil ini bersandarkan keindahan alam semula jadinya serta cetusan ilham seninya, termasuk arca menggunakan barangan terpakai.
Menariknya pulau ini ialah kerana ilham seninya yang terserlah, bermula daripada patung hingga hiasan yang banyak dihasilkan menggunakan barang terpakai, sesuai dengan dengan moto Pulau Nami, `Budaya, Alam, dan Pemeliharaan Lingkungan Hidup´.

 
       Nama Nami sendiri berasal dari nama jendral terkenal korea yang mat pada umur 26.  Pohon-pohonnya ditanam oleh Mr. Pyong Do Minn pada tahun 1965.  
Pulau tanpa penduduk itu terletak di tengah-tengah Sungai Han dan ia yang berfungsi semata-mata bagi tujuan pelancongan dikatakan milik orang perseorangan, bukan Kerajaan Korea.

   Pulau Nami boleh dikatakan `kosong´ kerana tarikan ke sana hanyalah disebabkan drama bersiri itu dan kisah percintaannya. Di sini pengunjung boleh memilih menaiki kereta api, kereta atau basikal untuk meneroka keindahan persekitaran.
  
       Di pulau ini makanan yang terkenal adalah 'bekal zaman dulu'/Yetnal dosirak/옛날 도시락, bekal dari tempat besi yang isinya cuma nasi, kimchi, dan telur,, Kalau makan ini orang Korea akan teringat zaman waktu susah dulu.

     
Foto-foto di winter sonata,,

Foto ditempat first kissnya film winter sonata!!!!!!!!!!!!!!!!

Satu lagi perkara menarik mengenai Pulau Nami ialah tiada sebatang pun tiang telefon di situ kerana semua kerja pendawaian dilakukan di bawah tanah untuk memulihara alam semula jadi.

Di pulau ini banyak pohon-pohon yang tinggi iaitu pokok metasequoi.
Ratusan pokok memenuhi buminya dan difahamkan ia ditanam Pyong Do Minn pada 1965 sehingga seluruh jalan dihiasi pokok di sepanjang kiri dan kanannya.



No comments:

Post a Comment